May 2, 2009

Dia Anak YB..

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh"
Surah Al Ahzab, ayat 72

Biarlah aku kekal pada aturan asal blog ini: watak – watak yang anonymous dan hanya berkisar luahan ringan topik – topik remeh dalam hidup aku. Bahasaku memanglah bahasa LD, jadi sebarang kesalahan dalam bahasaku – tidak kira bahasa Melayu atau English ataupun kedua – duanya sekali, aku memang akui.

Perbualan di bawah bukanlah rekaan semata. Cuma aku sudah memotong bahagian – bahagian yang mundane dan tiada kaitan dengan topik yang bakal aku utarakan hari ini.

A : Kawanmu tu, setiap hari datang bawa motosikal siapa?
B : Motornya sendirilah.
A : Dia ada motor sendiri?
B : Bukan motor saja, kereta pun ada.
A : Padahal masih bawah umur. Mana ada lesen?
B : Memang begitu dia bah. Dalam dompetnya tidak pernah lekang 50 ringgit.
A : Ndakpala, orang kaya jugak dia.

Mau juga aku fikir yang aku ni jenis yang tidak sibuk hal orang lain. Mungkin aku akan mendengar kisah – kisah begini dan berdasarkan mood, mungkin aku akan mengumpat, mungkin tidak. Tidaklah sampai mengambil masa menulis pendapatku tentangnya.

Kenapa aku berminat kepada subjek perbualan A dan B? Kerana watak itu, C, merupakan seorang anak YB.

Daerah yang terpencil ini ada YB sendiri? Biar betul.

Daerah yang hanya memiliki paling banyak tiga orang kakitangan yang bekerja di kaunter Pejabat Pendaftaran Negara? Tempat ini bagaikan neraka di mana nombor giliran boleh mencecah paling kurang 200 orang dalam sehari, di mana bumiputera Sabah bagaikan pelarian dari entah mana, bertenggek di pejabat kecil di mana prosedurnya lembap terima kasih kepada bilangan pekerja yang sedikit?

Daerah yang tersenarai sebagai antara daerah terkotor di Malaysia?

Daerah di mana CD lucah dijual oleh segelintir penjaja di pasar sayur dan buah – buahan, dan kenyataan bahawa hanya segelintir yang menanggapnya sebagai masalah?

Aku bukan orang yang tepat untuk mengkritik. Tapi aku sebagai warga daerah yang aku sayang ini, tidak kira betapa lembap, kotor dan kurang kemudahannya, wajar menilai.

Sampai satu ketika, aku tiada perasaan bila orang lain bercerita tentang YB. Aku sedar bahawa daerah ini ada YBnya sendiri, namun aku seakan – akan menerima kenyataan yang YB kita hanya sekadar pada nama. Tiada apa yang meletakkan beliau sebagai seorang yang lebih berhormat, kerana beliau cuma manusia yang diapungkan oleh golongan yang tidak begitu ambil peduli tentang daerah yang aku sayang ini. Semuanya tentang kepentingan sendiri.

Seperti aku sendiri yang tidak tau sepatah haram pun nama menteri kabinet selain yang fixture dalam akhbar. Kalau menghafalnya pun sekadar untuk karangan BM saja. Bagaikan mahu menangis aku menonton rancangan analisis politik Astro Awani kegemaran Bapak – tiada tarikan, gimik murah semata. Bukanlah ingin menonjolkan pemikiranku yang shallow, tapi bagi aku politik memang KOTOR.

Salah satu sebab aku tidak mahu menjadi seorang dewasa ialah kerana tidak mahu dipertanggungjawabkan untuk mengundi. Aku tidak mahu memilih si mulut manis yang tiba – tiba lesap semasa kita memerlukannya.

Semasa pilihanraya, bertempek – tempek flyer yang menyuruh kami mengundi YB, sampai aku yang jahil politik inipun tiba – tiba boleh hafal namanya. Aku malah bertanya kawan se-batchku sekiranya ada kaitan dengan YB, kerana nama bapak mereka sama. (Tiada kaitan berabis)

Tapi itulah, habis pilihanraya, mukanya pun aku tidak ingat.

Apa yang aku ingin ketengahkan di sini ialah bagaimana seorang YB yang sepatutnya menegakkan keadilan dalam daerah naungannya membiarkan anaknya yang masih di bawah umur, bukan sahaja memandu atau menunggang, malah memiliki, kenderaannya SENDIRI.

Aku tidak cemburu kerana aku tidak pandai menunggang motosikal ataupun tidak pandai memandu. Naik basikal bolehlah. Aku tidak sedih kerana kawan – kawan yang lain sudah memiliki lesen sendiri sedangkan aku masih naik kereta Bapak atau bertambang bas saja. Soal cemburu tidak relevan. Soal proriti YB yang aku hairan.

Fikirlah secara logik. Anak sendiri mendapat kemewahan melimpah – limpah sedangkan tanggungjawab kepada penduduk daerah terpencil ini? Sedangkan RM1.00 pun amat bermakna bagi orang seperti aku. Bagi dia? Bagi keluarganya?

Aku bukan manusia yang perfect, selalu tanggungjawabku tidak aku pikul dengan sebaik mungkin, tidak setanding dengan orang lain, namun aku rasa aku berhak bertanya, siapa YB kita?

Yang tambah bikin pening lagi, A dan B seakan – akan menganggap C seorang yang istimewa. Atas apa? Budi pekerti? Tidak relevan. Wang? Fikirlah sendiri. Rupa? Memang manis orangnya, tapi tetap tiada kaitan.

Nama. Hanya sekadar pada nama seseorang itu diiktiraf. Sekadar nama bapanya membuatkannya berhormat. Kerana C anak orang kaya, tindakannya melanggar undang – undang dianggap istimewa atau cool.

“Orang, biasanya ni, kalau sudah rasa terlalu nyaman, punya kekuasaan, punya wang banyak, lupa diri. Maunya tambah kekuasaan, tambah kekayaan, dengan menghalalkan segala cara. Kalau perlu segala kekayaan negeri ini untuk keluarganya saja”Laskar Pelangi, Andrea Hirata (Ani’s recommendation. Thanks!)

4 comments:

Kelor said...

komen yg sangat jujur. as your say...nobody perfect. so, jangan pernah takut untuk menjadi dewasa. mana tau kamu bisa mengubah keadaannya.

Unknown said...

i like this....
yeah memang sgt setuju, ada apa ngan anak yb..
cuma mengharap kebesaran leluhurnya.,
sedangkan dirinya sendri, ntah.
tapi 2 kn dah nasib bdn.biar la dia hanyut ngan segala kemewahan yg diperolehinya.teringat lak sabda baginda,
jika manusia itu direzekikan 2 gunung yg berisi emas dan perak, nescaya dia akan mencari gunung yg ke3..
xya la ak jlskn mksdny, da terang lagi bersuluhkn..tp 2 la sifat manusia.x pnh puas.
pastinya, bnyk kita lihat YB2 sudah menyediakan harta tuk ank2ny,,bahkan bkn stu ataw 2, tp sampai 7 keturunan..lebih teruk lg, segala pangkat dan jabatan pastinya mesti disandang oleh mereka yang masih mempunyai garis keturunan.
tp kita rakyat kecil, bersuara kecil..ada apa dengan kita..
dan semoga, adalah org yg terpilih untuk membetulkan kekusutan ini.dan aku berharap, kau lah orangnya....

a.k. said...

Bha Handz... lau sua jadi YB Kunak nanti, kasi majulah betul2... hehehehehe...

Kak Daun Kelor... tq. I'm sure it would be the same for any of us.

BukanPerfeksi said...

yupz...
aq bsetuju sgt2 dgn kritikan nie. pemimpin sepatutnya memikul beban yg sama berat dgn rakyat. bkn dia yg jd beban utk rakyat... LD nie sumber pendapatan @ lubuk pendatang utk kaya... tp LD jd kotor sebab PTI nie la... namun, yg jd psoalan bila org kita sndr yg buat onar... mcm siot je rosakkan tmpt lahir diorg...