Ingat lagu ni? Mungkin sudah lupa. Tak apalah. Aku pun baru teringat masa-masa kami menyanyi sama-sama. Boleh nyanyi benda yang sama berkali-kali tanpa bosan. Apa lagi yang aku ingat?
Aku kenal D sejak sekolah rendah. Duduk bersebelahan masa darjah
Lepas tu D masuk SMSLD aku tinggal di St. Dominic’s. Aku sangka aku saja yang rindu dia, rupanya D pun rindukan aku dalam tiga tahun berpisah tu. :D Hal ini satu kenyataan,
Tapi yang penting, penghujung tingkatan
Kebelakangan ini aku selalu teringat.
Awal – awal tahun, tidak dibenarkan tidur di dorm orang lain. Terpaksalah aku berjalan terhendap-hendap membawa bantal atau selimut kala light off. Sesampai di
Aku ingat lagi masa kami merancang untuk tinggal di Masjid Al-Kautsar Tawau. Akibat berani mati, kami naik bas ke Tawau. Bila rancangan tidak jadi, kami yang kali pertama merempat, beli Maggi cup dan makan di perkarangan masjid. Ingat bila D sakit dan terbaring di tepi tiang berdekatan tandas? Lama aku tunggu dia bangun.
Aku ingat bila D cakap, ‘eh, g****knya kau ni’. Aku ingat bila D menegur aku. Aku ingat bila D suruh aku solat Isyak balik sebab dia perasan aku gerak lebih tiga kali semasa kami berjemaah. Aku ingat D beritahu aku bila dia jumpa ayat yang berkaitan dengan konsep roh berjalan semasa tidur.
Perihal tidur. Dia yang selalu bersusah-payah datang ke dormku pukul tiga kerana aku minta dia bangunkan aku, walaupun selalunya aku tidur balik. Ingat pula semasa aku yang berada di bawah pengaruh syaitan yang membuaiku ke alam mimpi dibangunkan olehnya aku dengan selamba marah, “Kejayaanku bukan di tanganmu!” Walaupun D sudah maafkan aku, dia tidak mungkin akan lupakan insiden ini.
Tapi memang fitrah D tidak pernah tenang kalau kerja rumahku belum siap. Sebab itulah dia sanggup bagi aku meniru kebanyakan kerja rumahnya. Satu perkara yang aku rasa berkaitan dengan etikanya, dia jarang minta ajar daripada aku. Aku faham jugalah kenapa.
Sewaktu cikgu mengajar di hadapan sering sahaja aku ajak dia bercerita. Aku sedar yang dia tidak suka gangguan tapi tanpa bercakap-cakap aku mesti akan tidur. Ya. Aku kawan yang pentingkan diri. Apa boleh buat.
Pernah satu masa semua orang menyampah dengan aku kerana menjalankan tugas yang tidak orang lain suka. Aku rasa macam disumpah menjadi orang paling menyakitkan hati di sekolah. Macam faham saja, D nyanyi, “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”. Aku menangis kerana dia ingatkan aku tentang sebab sebenar aku lakukan semua tu.
Sekarang aku ingat D beri ‘Cottage Fries’ kepada Shadam, tanpa mengakui identitinya, walaupun Shadam amat selalu sakitkan hatinya pada masa tu. Aku ingat coklat yang D bagi kepada Cikgu Hafiz selepas kami menyakitkan hatinya. Masa itu aku salahkan D yang mahu ke tandas semasa melakukan tawaf. Akhirnya D minta maaf bagi pihak kami berdua tanpa ungkit sedikit pun.
Aku ingat cerita D fasal SB. Aku ingat ceritaku fasal kisah buaya. Aku ingat mimpi-mimpimu yang pelik-pelik belaka. Aku ingat apa yang kami conteng di kertas Fizik, ketawa-ketawa semasa periksa markah peperiksaan kami yang rendah. Entah-entah D ingatkah tidak. Aku ingat perkataan ‘monkey love’. Betapa kami berkongsi apa saja, biarpun sepelik mana.
Sekarang aku ingat masa-masa kami bertafakur di belakang locker, dalam dunia kami sendiri, orang lain fikir kami ni entah apa-apa. Aku ingat waktu D datang ke dormku kala petang Sabtu, ketika aku sedang enak tidur, kerana mak D bawakan makanan untuk D berkongsi dengan orang-orang beruntung seperti aku. Aku ingat waktu kami kelilingi
Kami teramat sangat selalu bergaduh. Selalunya salah aku. Kadang-kadang D pun mainkan peranan juga dalam ‘Cold War’ kami. Teringat pula bagaimana D cakap, ‘minta maaf’ dan aku dalam masa yang sama cakap ‘sori’, padahal berapa lama kami buat muka stim.
Aku ingat semua tu.
Kenapa aku tiba-tiba ingat? Kerana aku rasa tidak mungkin aku akan jumpa kawan macam D lagi.
Ukhwahfillah, itu sebab kau sayang pada aku.
p/s : Bahasa Melayu begini sesuai digunakan di Sabah sahaja. Tiada niat untuk menjatuhkan martabat bahasa dengan menggunakan tatabahasa yang salah. Saya masih sayang bahasa saya. :)